CITY-LINK Express Service from Langkawi with LOVE

Assalamualaikum and Hai!

Today is a good day for sharing this , i guess.

Sebab kami punya holiday ni sambung-sambung,

JB - Penang - Langkawi - Singapore

so barang- barang bawaan memanglah banyak! tambahan lagi ada dua budak kecik, pakaian dan keperluan diorang pun sudah 1 bag luggage penuh! dan ada extra bagpack lg untuk diorang. Belum masuk lagi barang 3 org tua ni, mama pun byk shopping Jeruk Madu Pak Ali masa di Penang tu.

So, i decided untuk pos pakaian-pakaian yang sudah pakai ( x sempat cuci ) hantar balik pg Mersing by pos direct pg rumah. easy!

ingatkan semua akan berjalan lancar, just minta kotak kosong dari kedai, pack dan pos!

but actually its not that easy as i imagine.

rupanya Pos Malaysia TUTUP hari jumaat di Langkawi.
OMG! tu lah tiada buat research pasal tu! huhu

so, kami terpaksa pg CITY-LINK Express dan SKYNET,
lepas buat perbandingan harga, kami pun pg la CITY-LINK Express untuk pos.


Ni encik suami sedang menunggu dengan penuh kesabaran.

Rupa-rupanya pos barang dari Pulau Langkawi ni bukanlah mudah. ada beberapa prosedur yang mesti di patuhi.

Barang-barang haruslah diisytiharkan oleh Kastam, kalau kita tiada prepare packing list, worry not!
City-Link , Sky net dan lain-lain courier service akan provide, so kita hanya perlu isi form tu, bawa barang kita tu pg kastam, barang2 tu akan d scan dan diperiksa oleh pegawai kastam sebelum di cop dan ditandatangan oleh pegawai kastam yang bertugas.

Kalau Pos Malaysia pula, kita x perlu pg ofis kastam tu sendiri sebab di ofis Pos Malaysia tu akan ada pegawai kastam yang bertugas , so kerja lebih mudah la. :)
tapi since Pos Malaysia tutup, kenalah drive pg jeti ( ofis kastam ) untuk uruskan semua tu. :) 


Lepas tu, balik semula ke CITY-LINK Express ofis yang terletak di Persiaran Mutiara 2, Pusat Dagangan Kelana Mas untuk urusan pos pula.

Staf bertugas tu cakap, walaupun kastam sudah cek kotak ni, diorang perlu buka juga kotak tu untuk pastikan tiada barangan terlarang sebab ada satu kes yang melibatkan courier diorang, pengirim ada kirim dadah, sebab kelalaian diorang tidak cek item dalam box tu, diorang di denda dan tidak boleh menjalankan perniagaan selama entah brpa bulan tu x ingat sudah. tapi mcm tu lah ceritanya. hehe

Box ni diorang akan ukur Lebar, Panjang dan Tinggi dulu, lepas tu timbang berat untuk tentukan harga.
 Total harga yang perlu bayar masa tu hanya lah RM28 lebih la bgitu.. Sampai dalam masa seminggu.

Lepas box tu di buka, kami pun di suruh balik. diorang yang akan pack box tu semula..

So, kerja kami selesai di situ dan kami pun meneruskan perjalanan untuk ke destinasi seterusnya.

Shell Out Chalet . :)

bye,

No comments:

Post a Comment

Pantai Chenang

Assalamualaikum and Hello my readers. It was a HOT day at Langkawi!  Furthermore, it was a beach, guys! No beach in Malaysia was co...